Page 10 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 10

04
                                                                                                          04












              ABSTRAK
              ABSTRAK





              EKSPERIMEN REKABENTUK FESYEN: REKABENTUK FESYEN & PORTFOLIO



              EBook ini ditulis untuk pelajar-pelajar fesyen sebagai rujukan dan juga garis
              panduan  untuk  pereka  fesyen  yang  baru  mula  mahu  berkecimpung  dalam

              bidang  ini.  Secara  amnya,  pelajar  perlu  menghasilkan  penyelidikan
              rekabentuk  fesyen,  merekacipta  idea  fesyen,  dan  akhirnya  menghasilkan
              rekabentuk  fesyen  sebenar  berdasarkan  ringkasan  projek  fesyen  dan

              penyelidikan akademik yang diselia oleh pensyarah/penasihat projek.



              Proses mengkaji rekabentuk fesyen melalui kajian akademik dan buku skrap
              yang  mengandungi  visual  bahan  kajian,  trend/gaya  fesyen,  mood  warna,

              bahan  fabrik,  perhiasan  dan  sebagainya.  Kemudian  diikuti  proses  melakar
              idea fesyen, hasil kajian akademik dan buku skrap yang telah digabungkan

              akan menghasilkan rekaan fesyen yang menarik.


              Diikuti  dengan  proses  amali,  iaitu  menghasilkan  lukisan  teknikal  mengikut

              rekaan dan merangka pola pakaian sebelum menguji ketepatan pola pakaian
              dengan  menghasilkan  toile  atau  boleh  juga  menggunakan  teknik  draping,

              mengikut  kesesuaian  rekaan.  Proses  terakhir  menghasilkan  koleksi  pakaian
              yang  sebenar  selepas  pelajar  melalui  proses  langkah  demi  langkah.  Projek

              rekabentuk fesyen ini memerlukan pelajar menghasilkan rekaan yang terbaik
              melalui kajian rekaan masing-masing.



              Dalam helaian eBook ini juga terdapat beberapa karya pelajar tahun akhir
              yang telah disusun sebagai bahan rujukan.

              .
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15