Page 27 - Asas Eco-Print
P. 27

Penyediaan Air Warna



                Untuk  menghasilkan  fabrik  ecoprint,  pastinya  melibatkan  bahan

                alami  seperti  daun,  kulit  kayu,  akar,  bunga  dan  buah-buahan.

                Bahan ini perlulah di masukkan kedalam periuk yang sesuai serta
                dipenuhkan  air  sehingga  tenggelam.  Periuk  perlu  dipanaskan

                sehingga  mendidih  dan  larutan  air  tinggal  separuh  dari  ukuran

                asal.



                Kemudian air yang mendidih tadi perlu di tapis bagi menghalang

                kotoran  seperti  sisa  daun  dan  tinggalkan  larutan  warna  sahaja.
                Fabrik  yang  telah  di  scouring  boleh  di  rendam  ke  dalam  larutan

                warna.  Bagi  menghasilkan  warna  yang  lebih  baik  pada  fabrik,
                biarkan  ianya  terendam  semalaman.  Fabrik  yang  hendak

                diecoprint hendaklah diperah sehingga tos airnya.





























                Gambar  di  atas  (kiri)  adalah  daun  ketapang  yang  akan
                menghasilkan  warna  kuning  dan  kelabu,  manakala  kulit  kayu

                bakau (kanan)  akan menghasilkan warna merah bata dan coklat
                tua.





                                                                                                      20
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32