Page 24 - Asas Eco-Print
P. 24
Penyediaan Air Tawas
Tawas adalah kumpulan garam berupa kristal yang mudah larut
didalam larutan air panas. Sediakan 150 gram tawas bersamaan
dengan 3 liter air panas (65-75 darjah celcius) kemudian kacau tawas
sehingga larut (bancuhan ini boleh digunakan untuk 5 hinga 6 meter
kain)
Jika melakukan proses scouring, fabrik perlu direndam semalaman
dan perlu dibilas dengan air bersih
Jika melakukan proses mordanting, fabrik perlu direndam antara
20-30 minit sahaja dan diperah hingga tos airnya.
Tawas boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual peralatan
sembahyang kaum india, atau di kedai perubatan tradisional orang
cina, juga boleh didapati secara online di Shopee. Tawas
menghasilkan warna yang cair.
Tawas Penyediaan air tawas
17