Page 9 - SENI JAHITAN KREATIF
P. 9
Prakata
Buku ini merupakan buku penulisan saya yang pertama
saya terbitkan bersama rakan seperjuangan saya, Nor
Azlinda Gaman. Jahitan adalah juga suatu Karya Seni yang
dihasilkan sendiri dengan daya kreativiti tersendiri oleh
pembuatnya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua
Program Rekebentuk Fesyen, iaitu Pn. Nafsiah binti Sairi di
atas dorongan serta sokongan yang diberikan sepanjang
proses penulisan ini. Terima kasih juga kepada En
Sarawanan A/P Letchumanan selaku Pegawai Unit e-
Learning Politeknik Ibrahim Sultan, di atas pengawasan
yang baik serta sudi memberikan kesempatan kepada
penulis untuk menyiapkan buku ini.
Buku ini boleh menjadi sebagai pemula untuk anda
mempelajari menjahit produk jahitan yang kreatif. Menjahit
pada hari ini adalah hobi yang sangat menarik dan
bermanfaat yang boleh mendatangkan pendapatan
lumayan.
Mulakan pengembaraan anda dengan cara yang mudah
dengan mengikuti langkah-langkahnya.
"BELAJAR ADALAH PENGEMBARAAN"
PENULIS