Page 11 - SENI JAHITAN KREATIF
P. 11

SENI JAHITAN


                                         KREATIF






                   Istilah Jahitan Kreatif


                   bermaksud  seseorang  yang  mempunyai  daya  pemikiran
                   kreatif  dan  mampu  mencipta  dengan  hasil  kerja  tangan
                   menjahit  sesuatu  produk  Jahitan  Kreatif.  Hasil  kerja  tangan
                   daripada  daya  kreativiti  tersebut  membangkitkan  inspirasi
                   anda  dengan  cara  mengembangkan  sesuatu  idea  yang  sedia

                   ada dengan menghasilkan idea baru dan asli.
                        Daya kreativiti ini dapat  menghasilkan
                   karya seni yang benar-benar bermutu

                   tinggi dan indah. Apabila seseorang
                   berhasil mencipta sesuatu dengan
                   tangannya sendiri, ia akan memberi
                   suatu kepuasan dan kebanggaan dalam
                   dirinya dan inilah yang dikatakan emosi

                   positif.
                       Buku ini disediakan oleh penulis yang
                   berpengalaman luas dalam melukis,

                   menjahit, dan mengajar seni jahitan kreatif
                   selama lebih  10 tahun. Adalah diharapkan
                   buku ini dapat memberi manfaat yang
                   besar kepada anda untuk memahirkan
                   diri dalam bidang Jahitan Kreatif.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16