Page 35 - PROSES REKABENTUK PRODUK
P. 35
Bagaimana Membina Idea
2. REKA CADANG
Jenis lakaran reka bentuk diperingkat ini dikenali sebagai lukisan
konsep realistic ataupun lukisan realistic. Lakaran akhir ini biasanya
merujuk reka bentuk yang telah mencapai objektif reka bentuk dan
bersedia untuk dipersembahakan terutamanya kepada pengurusan
organisasi atau pelanggan. Hasil rekaan dipersembahkan untuk
meyakinkan pihak tertentu disamping menerangkan bentuk,
kekemasan dan aspek perancangan pengeluaran serta jualan.
Image by Renxtong from Pixabay
Lakaran akhir ini dibuat secara berpandukan sudut perspektif. Jika
dimensi atau maklumat kajian teknikal diperlukan, maka lakaran akan
merangkumi pandangan hadapan, atas dan sisi.
23