Page 34 - PROSES REKABENTUK PRODUK
P. 34

Bagaimana Membina Idea




             2. LAKARAN IDEA


                  Seterusnya, lakaran idea dibuat untuk mengembangkan idea rekaan
                  atau  mengenalpasti  idea  di  atas  kertas  bagi  tujuan  mengkaji

                  sturuktur  asas  bentuk  rekaan  supaya  mudah  difahami  oleh  pereka
                  bentuk sendiri. Lakaran ini bertujuan menghasilkan idea awal supaya
                  ia dapat direkod oleh pereka bentuk pada peringkat awal rekaan.




                  Penggunaan bahan lakaran
                  dan teknik tidak terlalu spesifik.
                  Lakaran pantas tangan bebas
                  menggunakan bahan seperti

                  pen mata bulat, penanda mata
                  felt, penanda mata halus atau
                  pensel warna. Jika lakaran

                  tidak dapat membantu
                  menjelaskan idea maka nota
                  peringatan atau penerangan
                  akan dinyatakan dengan
                  menandakan anak panah bagi

                  tujuan penambahbaikan.



                                                                Image by Renxtong from Pixabay



                  3. PERKEMBANGAN IDEA



                      Pereka  bentuk  menggunakan  bentuk  lakaran  untuk  menerangkan

                      peringkat konsep model reka bentuk dalam proses perkembangan
                      idea. Lakaran jenis ini dapat membantu arah tujuan reka bentuk. Di
                      peringkat     ini,   lakaran   serta    imej   lebih    pelbagai     dan    mudah

                      difahami     orang     lain   atau   pihak    ketiga    yang    melihat     lakaran
                      tersebut.


                      Tujuan   lakaran    adalah    bagi   memberi      gambaran,      kefahaman       dan

                      perbandingan idea reka bentuk. Dalam proses perkembangan reka
                      bentuk, seseorang pereka bentuk perlu menghasilkan lebih banyak
                      lakaran   kasar   atau   konsep     dengan     pantas,    menarik,    cantik    serta

                      mudah difahami.
                                                           22
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39