Page 18 - Hand Embroidery
P. 18
JARUM (Straw)
Jarum Straw dikenali sebagai jarum Bullion kerana batangnya
panjang dan mempunyai mata atau lubang yang kecil.
Sesuai untuk menghasilkan Bullion yang memerlukan jumlah
lilitan yang banyak dan batang jarumnya mudah dililit dengan
benang.
Jarum Straw juga sesuai untuk menyulam manik-manik kerana
batangnya kecil.
Badan Jarum Straw tidak seperti jarum lain keran ianya
berdiameter sekata dan menghasilkan lilitan kemas serta tidak
kendur sewaktu jarum dan benang melaluinya.
Jarum Straw mempunyai batang yang lebih panjang dari
kebanyakan jenis jarum yang lain. Batang jarum yang panjang ini
penting untuk menahan beberapa lilitan yang diperlukan.