Page 17 - Hand Embroidery
P. 17
2. JARUM (Sharp)
Jarum yang digunakan untuk membuat Bullion sebaik-baiknya
mempunyai bentuk panjang dan lubang jarum yang lebih kecil dari
batang jarum. Jarum jenis sharp dan straw amat sesuai untuk
digunakan bagi menghasilkan Bullion.
Jarum ini sesuai digunakan untuk semua jenis jahitan atau sulaman.
Lubang jarumnya adalah kecil dan bundar. Saiznya tidak terlalu
panjang dan dapat mengurangkan penggunaan benang.
Bentuk jarum Sharp nombor 10-12 adalah lebih kecil. Jarum ini
digunakan dengan 1 atau 2 helai benang kain kapas, sutera atau
rayon.
Bullion yang dihasilkan adalah kecil dan panjang serta lilitannya
perlu banyak.
Bentuk jarum Sharp nombor 5-9 adalah lebih besar dan boleh
digunakan dengan 2 atau 3 helai benang kapas, sutera atau rayon.
Bullion yang dihasilkan juga lebih besar dan tebal.