Page 9 - AMALAN FOTOGRAFI
P. 9
SINOPSIS
Fotografi Digital menawarkan teknik kreatif fotografi asas. Ia merangkumi pembelajaran mengenai teknik
dan pengendalian kamera. Semua aspek asas dalam fotografi diliputi termasuk kemahiran pengetahuan
teknikal dan komposisi. Buku Amalan Fotografi ini merupakan salah satu alternatif sumber rujukan bagi
penggemar fotografi. Selain itu, ia juga boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar yang ingin
mendalami bidang fotografi ini. Dalam buku ini juga, terdapat 11 topik yang dibincangkan bagi
memudahkan pembaca untuk mendapatkan informasi yang berkaitan dengan kamera dan teknik
fotografi. Diharap buku ini dapat dimanafaatkan oleh peminat fotografi, pensyarah, pelajar-pelajar
khususnya di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Malaysia amnya dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) seterusnya, menjadikan PdP dapat dipacu dengan lebih berkesan.