Page 7 - AMALAN FOTOGRAFI
P. 7
Tujuan Program
Lulusan Diploma Rekabentuk Grafik akan dilengkapi
dengan asas yang kukuh dalam seni dan rekabentuk
serta pelbagai kemahiran yang diperoleh oleh pereka
grafik. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan
yang berpengetahuan dan mahir dalam pelbagai trend
dan konsep rekabentuk grafik. Graduan dilatih untuk
mengembangkan kreativiti, estetika dan kemahiran
inovatif mereka dalam bidang rekabentuk grafik
menggunakan media tradisional dan teknologi
komputer. Graduan juga mampu memenuhi keperluan
industri dengan menyediakan mereka asas
keusahawanan dan kemahiran insaniah.