Page 21 - AMALAN FOTOGRAFI
P. 21
kelebihan lensa
standard
Lensa standard ini dibekalkan sekali ketika membeli kamera DSLR dan siap untuk digunakan.
Lensa Standard diberikan dengan mode normal view yang sesuai digunakan oleh pengguna
yang baru berkecimpung dalam dunia fotografi ini. Walaupun begitu, ianya tidak menyekat
kreativiti dan penghasilan gambar yang baik kerana lensa ini juga mempunyai kelebihan yang
tersendiri. Berikut adalah penerangan lanjut berkaitan dengan kelebihan dan kelemahan yang
terdapat pada lensa standard ini.
Umumnya, lensa ini mempunyai jarak fokal antara 18 - 55mm. Namun begitu, melalui lensa
standard ini pengguna boleh menerokai pengalaman fotografi dengan kamera yang berharga
mampu milik. Selain itu, pengguna juga boleh mencuba pelbagai filter dan pengaturan untuk
lebih mengenali penggunaan kamera digital serta bereksperimen ketika menggunakan kamera
lensa standard ini. Ia juga dapat memberikan pengalaman dan dorongan minat terhadap
kategori gambar-gambar yang diambil oleh pengguna,
8