Page 20 - AMALAN FOTOGRAFI
P. 20
Definisi
Lensa Standard ialah lensa yang jarak fokusnya sama dengan panjang diagonal sensor
gambar serta mempunyai kepanjangan sehingga 50mm bagi kamera fullframe (36 x
24mm). Selain itu, ia juga mempunyai sudut pandangan yang paling hampir dengan mata
serta amat mudah untuk digunakan kerana jurugambar dapat menentukan pandangan
matanya. Sekiranya kamera APSC digunakan, kesan lensa standard ini boleh dicapai jika
menggunakan lensa 35mm. Aperture maksima bagi lensa 50mm pula ialah f/1.2 hingga f/1.8
dan ini menyebabkan lensa ini sesuai untuk mengambil gambar sukan dan suasana
pencahayaan yang rendah.
7