user_mobilelogo

 

 ETIKA PAKAIAN ISTIADAT KONVOKESYEN

Etika Pakaian Graduan Lelaki

  1. Graduan beragama Islam digalakkan berpakaian baju kebangsaan lengkap BERWARNA HITAM sahaja (songkok, baju, seluar, berbutang, samping serta kasut kulit berwarna hitam), atau
  2. Baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar ‘slack’ hitam / gelap dan bertali leher. Pemakaian Blazer adalah diwajibkan.
  3. Graduan kaum Sikh dibenarkan memakai ‘turban’. Hanya turban yang berwarna hitam dibenarkan.
  4. Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow (bowtie).
  5. Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

 

          rupadiri    Gambar 1 : Rupa diri, pakaian dan rambut graduan lelaki.

 

Etika Pakaian Graduan Wanita

  1. Graduan Wanita dibenarkan memakai Baju Kurung atau Kebaya Labuh warna bebas. Bagi graduan wanita beragama Islam hendaklah mengenakan tudung berwarna krim atau putih. Pakaian perlu bersesuaian dengan protokol majlis.
  2. Bagi graduan bukan beragama Islam dibenarkan berpakaian sopan, tidak ketat, tidak jarang, tidak berbelah dan tidak terdedah. Baju mestilah berlengan dan sekiranya memakai skirt hendaklah labuh melepasi di bawah paras lutut.

 

       rupadiri2Gambar 2 : Rupa diri, pakaian dan rambut graduan wanita (tudung warna putih/cream dan kasut bertumit bertutup)

Kasut

Graduan hendaklah memakai kasut yang bersih dan bersesuaian (bahagian depan kaki bertutup), sandal, capal atau kasut sukan tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan kasut kulit berwarna hitam atau gelap amat digalakkan

kasutGambar 3 : Jenis-jenis kasut yang tidak dibenarkan