PAS MASUK KENDERAAN
- Hanya satu pas masuk kenderaan diberikan. Kenderaan yang mempamerkan pas masuk sahaja dibenarkan memasuki kawasan meletak kenderaan di kawasan POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN atau tempat khas yang disediakan.
- Sila pamerkan pas masuk kenderaan pada cermin hadapan kenderaan masing-masing semasa raptai dan pada hari Majlis Konvokesyen.
TEMPAT LETAK KENDERAAN
- Graduan, ibubapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang telah disediakan.
- Sila patuhi arahan petugas lalulintas/pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengelak kesesakan lalulintas
PAS MASUK ISTIADAT KONVOKESYEN
- Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya satu (1) keping pass ke dewan diberikan untuk kebenaran masuk bagi dua (2) orang dewasa sahaja.
- Ibu bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 8.00 pagi (sesi pagi) atau jam 2.00 petang (sesi petang) pada hari majlis konvokesyen.
- Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PIS memohon maaf sekiranya terdapat ibubapa atau penjaga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana tempat adalah terhad.
- Ibubapa atau penjaga perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan majlis rasmi.