user_mobilelogo

Karnival Keusahawanan Konvokesyen 29

konvo29

PENGAMBILAN JUBAH

  1. Salinan slip bayaran Bank Islam perlu ditunjukkan kepada Urusetia Jubah semasa pengambilan dibuat.
  2. Lokasi pengambilan jubah adalah di Perpustakaan Politeknik Ibrahim Sultan.
  3. Graduan perlu mencetak dan membawa borang pinjaman dan pemulangan jubah yang telah lengkap di isi
  4. Waktu pengambilan jubah adalah seperti berikut :-

   

Nota : Pengambilan jubah selepas sesi pendaftaran atau selepas sesi raptai (rujuk jadual) .

 picSet Jubah Konvokesyen 2024

 

 

 

 

 

PAS MASUK KENDERAAN

  • Hanya satu pas masuk kenderaan diberikan. Kenderaan yang mempamerkan pas masuk sahaja dibenarkan memasuki kawasan meletak kenderaan di kawasan POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN atau tempat khas yang disediakan.
  • Sila pamerkan pas masuk kenderaan pada cermin hadapan kenderaan masing-masing semasa raptai dan pada hari Majlis Konvokesyen.

 

TEMPAT LETAK KENDERAAN

  • Graduan, ibubapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang telah disediakan.
  • Sila patuhi arahan petugas lalulintas/pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengelak kesesakan lalulintas

 

PAS MASUK ISTIADAT KONVOKESYEN

  • Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya satu (1) keping pass ke dewan diberikan untuk kebenaran masuk bagi dua (2) orang dewasa sahaja.
  • Ibu bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 8.00 pagi (sesi pagi) atau jam 2.00 petang (sesi petang) pada hari majlis konvokesyen.
  • Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PIS memohon maaf sekiranya terdapat ibubapa atau penjaga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana tempat adalah terhad.
  • Ibubapa atau penjaga perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan majlis rasmi.