Page 60 - PENGENALAN REKABENTUK BATIK
P. 60
Tidak semua lilin di dalam takungan canting itu perlu
digunakan, menurut pengalaman saya, sebahagian
penggunaan lilin cair di dalam takungan canting perlu
dimasukkan semula ke dalam periuk lilin kerana ianya telah
sejuk. Apabila lilin sejuk sebenarnya lilin tersebut tidak
berfungsi pada bahagian bawah kain, dan jika ini berlaku
anda akan mempunyai masalah semasa proses mewarna
nanti. Sentiasa kerap membuang lilin dari canting ke periuk
asal lilin dan mengambil lilin baru yang panas. Semasa
mencanting, hendaklah menekan sedikit mata canting pada
permukaan kain dan pastikan lilin tembus pada permukaan
bawah atau belakang kain.
52