Page 24 - PENGENALAN REKABENTUK BATIK
P. 24

Mencanting  pada  lukisan  batik  bertujuan  menutup  bahagian

           motif  atau  corak  daripada  diwarnakan.  Secara  kimianya,  lilin

           (parafin) adalah nama umum untuk hidrokarbon alkana dengan

           formula  CnH2n+2.  Ia  berwarna  putih,  tidak  berbau,  tidak
           mempunyai  rasa,  pepejal,  mempunyai  takat  lebur  di  antara  47

           darjah Celcius sehingga 64 darjah Celcius dan tidak larut dalam

           air. Dalam keadaan suhu bilik, ia adalah rapuh dan mudah retak.



           Damar yang selalu digunakan pula adalah getah yang diperolehi

           daripada pokok konifer. Damar sangat likat, mempunyai bau dan

           juga tidak larut dalam air.



           Sifat  kimia  tidak  larut  dalam  air  yang  dimiliki  oleh  lilin  (parafin)

           dan damar menyebabkan kedua-dua bahan ini digunakan untuk
           memisahkan  pewarna  pada  fabrik  untuk  menghasilkan  batik.

           Sebelum proses pembuatan batik berakhir, fabrik akan dicelup di

           dalam sejenis larutan kimia untuk membuang lilin yang melekat.

           Hasilnya,  bahagian  yang  ditutupi  dengan  lilin  akan  kelihatan
           bewarna putih.










































                                                                                                                  16
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29