Page 98 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 98
SINOPSIS EBOOK:
EKSPERIMEN REKABENTUK FESYEN:
REKABENTUK FESYEN & PORTFOLIO
EBook ini ditulis untuk pelajar-pelajar fesyen
sebagai rujukan dan juga garis panduan untuk
pereka fesyen yang baru berkecimpung dalam
bidang ini. Secara amnya, pelajar perlu
menghasilkan penyelidikan rekabentuk fesyen,
merekacipta idea fesyen, dan akhirnya
menghasilkan rekabentuk fesyen sebenar
berdasarkan ringkasan projek fesyen dan
penyelidikan akademik yang diselia oleh
pensyarah/penasihat projek.
Proses mengkaji rekabentuk fesyen melalui
kajian akademik dan buku skrap yang
mengandungi visual bahan kajian, trend/gaya
fesyen, mood warna, bahan fabrik, perhiasan
dan sebagainya. Kemudian diikuti proses
melakar idea fesyen, hasil kajian akademik dan
buku skrap yang telah digabungkan akan
menghasilkan rekaan fesyen yang menarik.
Diikuti dengan proses amali, iaitu menghasilkan
lukisan teknikal mengikut rekaan dan merangka
pola pakaian sebelum menguji ketepatan pola
pakaian dengan menghasilkan toile atau boleh
juga menggunakan teknik draping, mengikut
kesesuaian rekaan. Proses terakhir
menghasilkan koleksi pakaian yang sebenar
selepas pelajar melalui proses langkah demi
langkah. Projek rekabentuk fesyen ini
memerlukan pelajar menghasilkan rekaan yang
terbaik melalui kajian rekaan masing-masing.
Dalam helaian eBook ini juga terdapat
beberapa karya pelajar tahun akhir yang telah
disusun sebagai bahan rujukan.
.
e ISBN 978-967-2065-84-5
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
KM 10 Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 07-261 2488 | Fax : 07-261 2402 EKSPERIMEN REKABENTUK
FESYEN