Page 78 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 78
71 71
KREATIVITI MANIPULASI FABRIK : BATIK CANTING
KREATIVITI MANIPULASI FABRIK : BATIK CANTING
Batik canting inspirasi flora dan alam semulajadi
Batik canting atau batik lukis juga termasuk dalam kategori manipulasi yang
kaedahnya disediakan secara tradisional dan memelihara rekaan bercirikan
ketimuran. Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis
tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap
satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain.
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas
kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut
kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana
bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan
warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal
menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Terdapat
banyak jenis canting, antaranya ialah canting kasut, canting laras dua, laras
tiga, empat dan lain-lain.
Selaras dengan peredaran fesyen pakaian, terkini batik canting kini menarik
perhatian pereka-pereka fesyen untuk menggabungkan keunikan batik canting
dengan mempelbagaikan gaya dan stail rekaan fesyen.