Page 72 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 72
65
65
FABRIK & KESESUAIAN PADA REKAAN
FABRIK & KESESUAIAN PADA REKAAN
Fabrik ialah kain atau bahan lain yang dihasilkan dengan melalui proses
menganyam kapas, nilon, bulu, sutera, atau benang lain dianyam menggunakan
mesin khas sehingga menjahit helaian fabrik. Fabrik atau kain digunakan untuk
membuat sesuatu seperti pakaian, langsir, dan cadar.
Fabrik ditakrifkan sebagai apa-apa bahan nipis dan fleksibel yang diperbuat
daripada benang, terus daripada gentian, filem polimer, buih atau sebarang
gabungan teknik ini. Kata nama fabrica berasal daripada bahasa Latin faber.
Dalam rekaan fesyen dan pakaian, fabrik merupakan bahan utama untuk
menghasilkan produk pakaian. Permintaan industri fesyen terhadap pasaran
tekstil telah memacu sejarah sosial dan ekonomi dunia. Ianya berikutan
pengguna fesyen kontemporari yang semakin meningkat.
Berikut ialah beberapa garis panduan umum untuk memilih tekstur fabrik yang
sesuai untuk pakaian:
Tekstur fabrik yang lembut atau lekat mendedahkan figura.
Tekstur fabrik kaku crispy menjauhkan diri dari badan dan menyembunyikan
ketidakteraturan bentuk. Fabrik yang sangat keras kelihatan menambah
berat badan dan kerdil. Fabrik sederhana kaku sesuai pada kebanyakan
figura.
Fabrik yang polos atau kosong tanpa corak ketara menonjolkan bentuk pada
figura. Fabrik jenis ini sememangnya sangat sesuai untuk yang mempunyai
figura kecil, tinggi dan langsing. Juga sesuai untuk menyeimbangkan bentuk
figura yang tidak sekata, contoh: Sweater besar untuk susuk tubuh dengan
payudara kecil dan pinggul yang agak lebar.
Kemasan yang menyerap cahaya, secara amnya menjadikan figura kelihatan
lebih kecil dan sangat sesuai untuk semua figura.
Fabrik berkilat menjadikan figura kelihatan lebih besar dan mendedahkan
ketidakteraturan bentuk figura. Fabrik berkilat adalah yang terbaik untuk
badan sederhana dan langsing yang mempunyai perkadaran proportion
tetap.