Page 53 - Ebook Eksperimen reka bentuk fesyen
P. 53

46
                                                                                                           46






             BAHAN KAJIAN
             BAHAN KAJIAN
             BAGAIMANA UNTUK MENGEMBANGKAN IDEA ?
             BAGAIMANA UNTUK MENGEMBANGKAN IDEA ?




             Sebelum mencipta rekabentuk, anda perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan

             'subject  matter'(bahan  kajian)  dalam  rekabentuk  fesyen.  'Subject  matter'
             adalah objek, bahan, benda, peristiwa, sejarah yang boleh di eksperimen dan
             dikaji sebagai inspirasi untuk menghasilkan rekaan pakaian.



             Sebagai  pereka  fesyen,  anda  seharusnya  bijak  mencari  bahan  kajian  dan

             rujukan  kerana  ia  membantu  anda  menghasilkan  rekaan  berkualiti,  terkini,
             bergaya dan tentunya mengikut kehendak pasaran dan penggunaan semasa.

             Oleh kerana itu, pereka fesyen juga perlu sentiasa mengikuti ramalan fesyen
             'fashion  forecasting'  dunia  terkini,  merujuk  kepada  tema  warna  terkini,  corak

             cetakan  terkini,  siluet  pakaian  terkini  dan  gaya  mengikut  trend  mengikut
             kehendak pasaran dan juga penerimaan penggunaan.



             Bagaimana  untuk  mengembangkan  'Subject  matter'  anda?  Mari  lakukan
             penyelidikan  atau  eksperimen  rekabentuk  fesyen,  mulakan  dengan  mengkaji

             syarat  dan  bahan  rekabentuk  fesyen  yang  diperlukan.  Anda  boleh  merujuk
             elemen-elemen dan bahan fesyen yang dilampirkan, pereka boleh melakukan

             eksperimen  mengikut kesesuaian bahan kajian dan ketetapan elemen-elemen
             fesyen.  Jika  kajian  anda  berjaya  mencipta  rekaan  fesyen  dengan  elemen-

             elemen fesyen yang bersesuaian, mungkin daripada eksperimen ini anda akan
             menghasilkan fesyen atau gaya berwajah baharu dan menjadi trend.



             Beberapa  contoh  kaedah  proses  pengembangan  idea  rekaan  diantaranya
             melalui  ekplorasi  lukisan  analitikal  serta  ekperimentasi  bahan  kajian

             menggunakan  bahan  terbuang  atau  terpakai,  ekperimentasi  menggunakan
             teknik  kolaj,  teknik  lipatan  diatas  kertas  (origami)  atau  fabrik  (draping)  dan
             banyak  lagi  kaedah,  walaubagaimanapun  ianya  bergantung  kepada

             kesesuaian  kajian  dan  juga  kreativiti  pereka  itu  sendiri.  Rujuk  halaman
             seterusnya  untuk  gambaran  beberapa  contoh  kaedah  ekplorasi  dan

             eksperimentasi yang ditunjukkan.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58