Page 42 - Hand Embroidery
P. 42
1.Fabrik
Hampir semua fabrik, daripada organza nipis
kepada fabrik hiasan rumah yang tebal boleh
digunakan untuk sulaman manik. Kriterianya fabrik
mesti teguh untuk menyokong berat manik dan
mesti boleh ditembusi jarum. Jalinannya mesti ketat
dan kukuh supaya manik tidak tertarik ke dalam.
Fabrik nipis boleh dilapis dengan net sebagai fabrik
sokongan.