Page 31 - Hand Embroidery
P. 31
Kudup 6
Untuk pusat buat Bullion ganda dengan
jumlah lilitan yang sama.
Untuk mahkota dalam tukar warna
benang dengan yang lebih terang, buat
Bullion di sebelah kiri dengan tambahan
2 lilitan.
Untuk mahkota luar tukar warna benang
yang lebih terang lagi. Buat Bullion di
sebelah kanan dengan jumlah lilitan
yang sama.
Tambah 2 Bullion lagi pada kiri dan
kanan paling luar di bahagian bawah.
Untuk kelopak tukar warna benang
dengan warna kelopak. Buat kelopak
dari Bullion pada kedua-dua bahagian
mahkota dimulai pada titik yang sama.
Tambahkan Bullion terakhir bermula dari
pangkal, titik yang sama ke kelopak
luar. Kudup besar sudah terbentuk.