Page 4 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
P. 4
ABSTRAK
Syariah ialah segala hukum yang disyariatkan
oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui
Rasulullah SAW. Prinsip syariah terdiri daripada
lima iaitu Rabbaniah, Wasatiah, Tawazun, Mizan
serta Mutlak dan Murunah. Manakala Kaedah
Fiqh pula adalah kumpulan kaedah atau formula
bagi menentukan hukum sesuatu perkara
terutamanya masalah cabang dan isu-isu
kontemporari. Walaubagaimanapun, topik Prinsip
Syariah dan Kaedah fiqh yang terdapat dalam
sukatan kursus MPU 23052 Sains Teknologi dan
Kejuruteraan Islam merupakan topik yang agak
sukar difahami oleh sebahagian besar pelajar
Politeknik yang mengambil kursus ini. Penulisan
e-buku ini adalah bertujuan membantu para
pelajar agar dapat memahami kedua-dua topik ini
dengan lebih mudah dan berkesan. Penulisan e-
buku ini menggunakan elemen infografik dengan
penyampaian maklumat yang lebih mudah dan
ringkas. Kesannya pelajar dapat memahami
hukum-hukum Islam yang berkait dengan isu
sains, teknologi dan kejuruteraan yang semakin
berkembang dalam kehidupan pada masa kini.
Implikasi penulisan e-buku ini diharapkan dapat
memenuhi lonjakan ke tiga Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) iaitu
menghayati pembelajaran sepanjang hayat serta
menjadi salah satu rujukan penting bagi kursus
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.