PISPA PIS TELAH DIKURNIAKAN PINGAT JASA DIKENANG DARIPADA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Pada 5 Februari 2024 telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Setia dan Penganugerahan Pingat Jasa Dikenang Pandemik Covid-19 APM Negeri Johor yang telah diadakan di Dewan Tun Sulaiman, Muar, Johor.
Syabas dan tahniah kepada dua anggota alumni PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam), Politeknik Ibrahim Sultan iaitu:


1. Staf Muda (PA) Muhammad Zul Aiman Bin Mohammad Zuki (JKM) dan,
2. Staf Muda (PA) Nurshahirah Binti Indra Shahril (JRKV)
Mereka berdua adalah di antara warga APM Negeri Johor yang telah dikurniakan Pingat Jasa Dikenang kerana telah terlibat secara langsung sebagai petugas barisan hadapan di dalam pengurusan di beberapa pusat kuarantin di negeri Johor ketika dunia dan negara dilanda COVID-19. Pingat Jasa Dikenang merupakan kurniaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri Johor ini bagi memerangi penularan pendemik COVID-19.
Majlis telah disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Datuk Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Laporan disediakan oleh penyelaras PISPA PIS iaitu Kapt. Bersekutu (PA) Ts. Khairudin Bin Baharum.


#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams

pispa2

pispa3

pispa5

pispa6