KUNJUNGAN KERJA RASMI PIS KE IRDA

Satu kunjungan kerja rasmi PIS ke IRDA telah dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubugan kerjasama pada tahun 2024 ini. Kunjungan ini telah diketuai oleh YBrs Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik, Puan Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC dan telah disambut oleh Encik Shaikh Faizul bin Ameer Batcha, Timbalan Pengarah, Ecomonic & Investment, Sector Lead- Education, IRDA. Turut serta dalam kunjungan ini adalah barisan pengurusan CISEC, En. Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, En. Mohd Norazizul Fadli bin Abu Bakar, Dr Lim Hooi Peng dan En. Johaini bin Ibrahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS.
Semoga pertemuan bersama IRDA ini membuka lembaran baru dalam memantapkan lagi kerjasama sediaada dalam usaha meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar dan daya saing serta halatuju bidang Pendidikan di PIS.


#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

IRDA1

IRDA2