LAWATAN KERJA UNIT INTEGRITI PIS KE SPRM JOHOR

Satu lawatan kerja Unit Integriti Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah diadakan dalam jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan. Lawatan ini diharap dapat membuka ruang dan peluang kerjasama dalam melaksanakan program atau aktiviti dalam meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan di kalangan warga kerja dan pelajar di PIS. Lawatan kerja ini diketuai oleh Puan Norli binti Jaswadi, Ketua Unit Integriti PIS, Encik Norehan bin Misran Setiausaha Unit Integriti PIS dan Encik Johaini bin Ibrahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS. Lawatan ini disambut oleh PSK Alice, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Johor.
Pihak PIS mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan penerimaan pihak SPRM Negeri Johor serta menyumbang cetakan poster-poster berbentuk kempen pencegahan rasuah bagi tujuan hebahan kepada warga PIS. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada semua pihak terutama buat warga PIS.

#sprmalaysia
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteamoredreams

sprm1

sprm3

sprm4