KUNJUNGAN RASMI PERSATUAN JAYA DIRI NEGERI JOHOR

Kunjungan rasmi YBrs. Encik Krishnasamy Muniandy, Pengerusi Persatuan Jaya Diri Negeri Johor telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Haji Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah YBrs. Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik, PIS dan Puan Muneswary a/p Saminathan, Pensyarah JRKV.
Semoga kunjungan ini dapat membuka ruang kerjasama ke arah perkongsian strategik dalam bidang akademik dan kokurikulum pelajar dan pensyarah.