BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR 2023

Satu bengkel Pemantapan Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar telah dianjurkan dan berlangsung dari 08 Ogos hingga 09 Ogos 2023 iaitu selama dua (2) hari, bertempat di Bilik Seminar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.
Bengkel ini bertujuan bagi memberi penjelasan dan penerangan kepada warden dan pengurusan kolej kediaman berkaitan peraturan dan undang-undang yang digunapakai di dalam Akta 174 dan perundangan subsidiari terhadap penghuni Kolej Kediaman Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dan telah disampaikan oleh Pegawai Kebajikan dan Disiplin iaitu En. Mohd Khairulazman bin Saat. Slot mengenai Tatacara Pengurusan Pusat Rawatan yang disampaikan oleh Cik Saizatul Akmar binti Saidin (Penolong Pegawai Perubatan) dan Pengurusan Kesihatan Mental dan Panduan Asas Kemahiran Menolong yang disampaikan oleh Pn. Norfairus bin Mohd Khalid (Pegawai Kaunseling dan Psikologi) juga turut diselitkan di dalam bengkel ini bagi menangani isu-isu kesihatan mental di kalangan penghuni Kolej Kediaman Pelajar PIS.
Selain itu, bengkel ini juga dapat mengeratkan semangat kerjasama berpasukan di kalangan warden dan pengurusan kolej kediaman dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan di kalangan penghuni yang mendiami Kolej Kediaman Pelajar PIS.
Terima kasih dan tahniah kepada semua warden dan pengurusan kolej kediaman yang menjayakan bengkel ini. Semoga ilmu yang dicurah oleh para fasilitator dalam bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam pengurusan kolej kediaman sebaiknya.
#UKKP
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteamonedream

b2

b4

b5

b3