KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH RELA NEGERI JOHOR KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Kunjung Hormat Timbalan Pesuruhjaya RELA Abdul Aziz bin Sidi Ahmad, Pengarah Rela Negeri Johor ke PIS telah disambut oleh Tn Hj Ulaimi Bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan selaku Komander RELASIS Politeknik Ibrahim Sultan.
Tujuan utama lawatan muhibbah ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin dan membuat persediaan untuk menilai dan memandu halatuju Briged RELASIS Ibrahim Sultan pada masa akan datang.
Pelbagai hasil dapat dimeterai melalui kunjungan ini, antaranya adalah memperkukuhkan lagi kejurulatihan RELASIS, promosi Bersama antara RELA daerah Johor Bahru dan RELASIS Ibrahim Sultan dan lain-lain lagi. Perbincangan diakhiri dengan penyerahan borang pegawai bersekutu untuk perlantikan baru bagi RELASIS Politeknik Ibrahim Sultan.
 
 
 
 
 
+4