VISCOM SHOW 36TH

29.05.2023 - Telah berlangsung VISCOM SHOW kali ke-36 iaitu pameran projek akhir pelajar program Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Industri, Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian, Diploma Animasi Kreatif, Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik dan Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian bagi Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS.
Sebanyak 114 buah booth pameran hasil karya pelajar daripada pelbagai bidang telah dipamerkan. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fairus bin Zainal, Pengarah Kreatif Malaysia Design Development Centre (DDEC). Beliau telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat projek terbaik.
Penganjuran VISCOM Show adalah bermatlamat untuk menghasilkan graduan TVET berkualiti dengan membuat program pembangunan pelajar berciri kepimpinan, sukarelawan dan kerohanian dengan mengetengahkan bidang reka bentuk kreatif, seterusnya menjadi pelantar bagi pelajar-pelajar semester akhir untuk mendapatkan peluang kerjaya sejajar dengan empat lonjakan pertama yang memfokuskan keberhasilan warga pendidikan tinggi.