PROGRAM SEINDAH KASIH BERSAMA MEDIA PRIMA DI RUMAH ANAK YATIM SHAFAR, JOHOR BAHRU

Johor Baharu, 7 April 2023. Tahniah dan sekalung penghargaan kepada pelajar-pelajar daripada MPU24021 Kelab Kraftangan Tradisional Kumpulan D dibawah Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK, PIS) serta pelajar Diploma Rekabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) telah bersama-sama berganding bahu menyempurnakan tugasan masing-masing didalam Program Seindah Kasih bersama Media Prima yang telah berlangsung di Rumah Anak Yatim Shafar, JB bermula jam 9.30 pagi hingga 8.30 malam.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan gerak kerja daripada pelajar PIS yang terlibat. Jawatankuasa pelajar Kelab Kraftangan Tradisional menganjurkan aktiviti Anyaman ketupat reben, anyaman kad raya, Doodle Mug, Doodle sampul duit raya, Doodle kad, Quilling, hiasan raya dan sulaman tangan. Elemen anyaman dan corak2 batik telah diadaptasi kedalam item kraf yang dihasilkan. Aktiviti ini telah disertai seramai 70 orang yang terdiri daripada anak yatim shafar, crew skuad seindah kasih media prima, dan anggota 7 kompeni kor polis tentera diraja (7KPTD).
Seterusnya, pelajar Diploma Rekabentuk Grafik semester 4 pula telah berjaya menghasilkan mural seindah kasih dengan bantuan daripada 7 KPTD.
Aktiviti ini dilihat telah dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai dengan kemampuan pelajar-pelajar kita ini. Kerjasama yang telah dijalinkan juga memberi peluang baharu kepada pelajar kepada aktiviti dilapangan selain menjadikan pelajar TVET mempunyai daya saing yang tinggi serta kemampuan bekerjasama dengan pelbagai pihak.