PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA YAYASAN PASIR GUDANG

Satu sesi perjumpaan dan perbincangan bersama Yayasan Pasir Gudang dengan Politeknik Ibrahim Sultan dan Kolej Komuniti Pasir Gudang telah diadakan di Bilik Persidangan PIS pada 31 Januari 2023 dan telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sesi perjumpaan ini bertujuan menjalin kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan diantara institusi dan Yayasan Pasir Gudang. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Brs. Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Ts. Haji Hamdan bin Samdin, TPA PIS, Encik Amalulkhair bin Sarbini, Timbalan Pengarah Unit Ambilan Pelajar, BAPP, Puan Nastasa binti Abdul Samat, Timb. Pengrah Unit Pembangunan Pelajar, BAPP, Encik Shahrul Akmal bin Johari, Pengurus Eksekutif, Yayasan Pasir gudang, Encik Wan Ajrul Asward bin Wan Hashim, Pensyarah Kanan PSH, Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Puan Zarina binti Mohd Suhaimi, Pegawai hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) PIS.
Semoga perjumpaan ini dapat membuka lembaran baru dalam meningkatkan pembangunan pendidikan di Pasir Gudang.