Program kolaborasi Pewaris Seni Perpaduan

Program kolaborasi Pewaris Seni Perpaduan telah dillaksanakan pada 11 hingga 13 Disember di Felda Tenggarah 01 bersama pihak wilayah felda dengan penglibatan komuniti melalui program keluarga angkat dan sumbangan kepakaran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual bagi memenuhi kehendak kursus DW4043 Creative Event Management semester 4 Diploma Animasi Kreatif sesi 1 tahun 2022/2023.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan seperti jom masuk ke ladang, melukis mural dan keluarga angkat mewujudkan peluang kesukarelawanan kepada siswa dan masyarakat. Tahniah diucapkan kepada pengarah program Dr. Nurul Aisyah Binti Othman dan pensyarah-pensyarah JRKV yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Ts. Hj Hamdan bin Samdin Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan. Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual Politeknik Ibrahim Sultan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Qayyum Bin Md fauzi Pengurus Felda Teanggaroh 01 dan Hj. Saimin Bin Tarikat Ketua Peneroka Felda Tenggaroh 01.
Sesungguhnya, segala jasa dan bakti saudara–saudari dalam menjayakan program ini sangatlah bermakna dan akan dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai. Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang.