LAWATAN INDUSTRI KE RABBISYFINA FOOD INDUSTRY

Pada 22 Disember 2022, Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Lawatan Industri Ke Rabbisyfina Food Industry yang menghasilkan produk Yumny (mee kering berasaskan sayur) yang diadakan di Taman Desa Rakyat Perdana, Pasir Gudang. Peserta program ini terdiri daripada 14 orang pelajar khas semester 1, 2 dan 3 daripada Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering bersama 2 orang pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan. Lawatan ini diadakan bertujuan bertujuan melihat demonstrasi kaedah pembuatan mee sayur secara tidak langsung mempelajari teknik asas pembuatan mee kering yang berasaskan sayur seperti lobak, bayam, sawi, moringga dan labu.
Program ini dikendalikan oleh penceramah juga pengasas, Dr. Khadijah Binti Zakaria dan 3 orang staf beliau iaitu suami, anak perempuan dan anak lelaki. Lawatan ini bermula dengan penerangan terperinci tentang idea asal tercetusnya mee daripada pengalaman kerjaya beliau sebagai seorang doktor perubatan bidang sakit puan dan kanak-kanak. Kemudian peserta dibahagikan beberapa kumpulan kecil dan dibawa ke bahagian pembuatan mee untuk melihat demonstrasi pemprosesan mee meliputi proses penerimaan bahan mentah, proses pembersihan bahan mentah, proses merebus, proses mengisar bahan mentah, proses mengadun bahan-bahan menjadi doh, proses mencanai, proses membentuk mee, proses mengukus, proses membentuk menjadi bulat, proses pengeringan dan proses pembungkusan.
 
Program ini telah mencapai objektifnya apabila ia telah dapat memahami setiap proses dalam pembuatan mee kering selain dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran baru bagi pelajar-pelajar khas juga pensyarah. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama Dr Khadijah dan suami seterusnya dengan penyampaian cenderahati daripada pihak politeknik disampaikan oleh Penyelaras Program, Puan Norliza Binti Ngahdirin kepada Dr. Khadijah.
Laporan oleh: Norliza Binti Ngahdirin
 
lapor1
lapor2
lapor3
lapor4