PERTANDINGAN 101 BIZ CHALLENGE

Telah selesai pembentangan akhir sub kluster ketiga Geran UTM KTP-RIG 2022: Kemahiran Insaniah Pelajar-pelajar OKU pendengaran dan pertuturan di Politeknik Ibrahim Sultan pada 20.12.2022 di ULPL, Politeknik Ibrahim Sultan .

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar OKU pendengaran dan pertuturan semester 3 yang mengambil kursus Asas keusahawanan bagi Jabatan JPH dan JRKV dan telah menyertai 101 Biz Challenge yang bermula September lalu.

Tujuh kumpulan terlibat daripada tiga program pengajian iaitu:
1. Captain Hut (KRG, JRKV)
2. Warong 5 (KRG, JRKV)
3. Crisp & Co (KHK, JPH)
4. Deli_Cious by KHK (KHK, JPH)
5. Water Panda Enterprise (KFP, JRKV)
6. The Scrunchies Fana Enterprise (KFP, JRKV)
7. Lovely Gift Enterprise (KFP, JRKV)

Program turut dihadiri oleh tiga orang pegawai dari CCIN, UTM yang memantau progress pelaksanaan geran.

Sub kluster keusahawanan ini mendapat sokongan padu pensyarah-pensyarah kursus yang menjadi mentor kepada projek keusahawanan ini.
Terima kasih barisan mentor hebat:
1. En. Johaini bin Ibrahim (JRKV)
2. Puan Azlina binti Ahmad (JRKV)
3. Puan Hanis Atikah binti Hashim (JPH); dan
4. Puan Mazura binti Mahat (JPH).

Pembentangan hari ini dinilai oleh dua orang juri yang berpengalaman bersama pelajar-pelajar pekak iaitu En. Mohd Fadhrul Zharef bin Mohd Fuzi, Penolong Pegawai Tadbir (Job Coach), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan Puan Ismalyza binti Mat Arif, Pensyarah Utama Jabatan Reka bentuk dan Komunikasi Visual, PIS.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang:

1. Captain Hut (KRG)
Most Active Online Engagement

2. Crisp & Co (KHK)
Top Sales

3. Lovely Gift Enterprise (KFP)
Best Entrepreneur

4. Pn. Azlina binti Ahmad
Best mentor

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

biz1

biz2

biz3

biz5 biz6