EMPAT PELAJAR PIS DILANTIK MENJADI DUTA PERPADUAN JOHOR

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Program Duta Perpaduan Johor yang terdiri daripada 200 orang anak muda Johor dari kalangan mahasiswa dan belia Johor. Seramai empat orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Wan Muhammad Faiz bin Wan Basri, Lavanya a/p Linggam, Goh Sheng Khai dan Nur Ainaa Najihah binti Mohammad Waffa dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor. Sehubungan dengan itu, mereka telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modal Insan dan Personaliti yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia pada 5-7 Ogos 2022 dan menerima sijil pelantikan sebagai Duta Perpaduan Johor pada 7 Ogos 2022 di Bangunan Sultan Ismail Nusajaya, Johor. Program ini juga dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Beliau yakin anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor akan lebih mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri Johor.