PERBINCANGAN HASRAT MENJALANKAN KOLABORASI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE), PIS BERSAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Sesi kunjungan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh Encik Mazlan bin Karim@Hussein, Ketua Jabatan JKE ke SKMM telah disambut oleh Encik Mohamad Rizal bin Ahmad, Pengarah SKMM Negeri Johor.

Tujuan kunjungan adalah untuk menjalankan kolaborasi bersama SKMM Negeri Johor terutama berkaitan bidang industri telekomunikasi dan juga penglibatan alumni yang merupakan pegawai di SKMM secara ‘alma mater’.

Kunjungan kali ini turut menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Pegawai SKMM yang juga Alumni PIS iaitu Encik Mohd Arif bin Mohd Nor dan Puan Nur Adilah binti Samsudin sebagai
Penceramah Bengkel Rangkaian Telekomunikasi Tanpa Wayar dan Keselamatan Media Sosial yang telah berlangsung pada 26 Mei 2022 yang lalu.

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

294765732 4186085744849683 6402717170394942860 n 295620642 4186085761516348 5418877130452291627 n

295222863 4186085734849684 5173480748765423943 n 295757485 4186085771516347 3692752649241951804 n