Majlis Konvokesyen Ke-26 PIS (Sidang 1 & Sidang 2)

Sidang 1

19 Mac 2022 - Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26 telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Haji Mohamad Amin bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Turut bersama YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Encik Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS serta Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik.

Pada kali ini, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah melahirkan seramai 401 orang graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Diploma Pengurusan Acara, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Hotel dan graduan Sijil Kemahiran Hotel dan Katering.
Tahniah kepada semua graduan. Selamat Maju Jaya!

konvo01

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream
#konvopis26

 TAHNIAH...

Saudara Muhammad Izuan Faiz bin Abdul Rahman graduan Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di atas pengurniaan Anugerah Pengarah Sesi Jun 2019 dan Anugerah Kecemerlangan & Korikulum pada Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26.

konvo02

TAHNIAH...
Saudara Nyak Adam Mikhaeil bin Zurimin graduan Diploma Pengurusan Acara, .Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di atas pengurniaan Anugerah Pengarah Sesi Jun 2020 dan Anugerah Kecemerlangan & Korikulum pada Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26.

konvo03

Sidang 2

19 Mac 2022 - Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-26 Sidang Kedua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah dirasmikan oleh YBrs. Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.Turut bersama YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Ts. Haji Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Encik Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS serta Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik.

Pada Sidang Pertama dan Sidang Kedua, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah melahirkan seramai 401 orang graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Diploma Pengurusan Acara, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Hotel dan graduan Sijil Kemahiran Hotel dan Katering.
Tahniah kepada semua graduan. Selamat Maju Jaya!

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream
#konvopis26

konvo11