Kolaborasi Unggul Bersama ASTRO

KOLABORASI UNGGUL BERSAMA ASTRO BAGI MENYEDIAKAN BUSANA PENGACARA BELAKANG PENTAS MINGGU SEMI FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2021

Antara usaha kolaborasi berimpak tinggi yang dijalankan oleh Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan dengan usahasama bersama stesyen televisyen berbayar Astro melalui penerbitan Maharaja Lawak Mega 2021.

Program dibawah kelolaan Puan Farahiyah Binti Abd Rahim, Encik Mohd Izswan Bin Mohd Sidik, pensyarah Rekabentuk Fesyen dan Pakaian, serta beberapa pelajar tahun akhir ini telah menghasilkan baju rekaan hasil nukilan Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

Jutaan terima kasih diucapkan Astro melalui penerbit Semi Final Maharaja Lawak Mega 2021 atas kolaborasi strategik ini yang telah memberi impak yang besar kepada kakitangan dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dalam perkongsian ilmu antara dua belah pihak.

  mlm21 2

mlm21 3  mlm21 4