Bengkel Komunikasi Berkesan Menggunakan Kad ASK Bagi Pelajar OKU Pendengaran Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, 2021 (KOMBPEK’21)

30 Oktober 2021. Majlis Pembukaan dan Bengkel Komunikasi Berkesan Menggunakan Kad ASK Bagi Pelajar OKU Pendengaran Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, Peringkat Kebangsaan 2021 (KOMBPEK’21) telah pun berjalan lancar dari jam 8.00 hingga 5.00 petang. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas penyempurnaan majlis pembukaan oleh Puan Noranyza binti Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK. Jutaan terima kasih juga diucapkan YBrs Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan yang turut hadir dalam talian. Terima kasih diucapkan juga kepada yang turut hadir iaitu kepada barisan pengurusan PIS, pengarah-pengarah dan wakil-wakil institusi serta pensyarah penyelia dari PUO, PSA, PTSS, PKK dan KK Selayang.

Program ini berjaya mengumpulkan lebih 100 peserta pelajar OKU, dimana 5 kumpulan peserta dari Politeknik Malaysia dan 1 kumpulan peserta dari penyertaan Kolej Komuniti Selayang. Program ini yang bermatlamat meningkatkan keupayaan, keyakinan dan kemampuan berkomunikasi pelajar dengan lebih baik dalam warga institusi serta masyarakat luar. Malahan ini adalah juga peluang pertemuan pelajar dan para pensyarah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada para pelajar khas di JPPKK.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (BAPP, JPPKK) diatas kepercayaan dan memberi peluang PIS untuk mengetuai bersama PUO, PSA, PTSS, PKK serta Kolej Komuniti Selayang mengelola program ini. Semoga program ini mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada semua peserta.

 

 kombpek21 01  kombpek21 02

 

kombpek21 03  kombpek21 04

kombpek21 05  kombpek21 06