Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan

Unit  Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk memperkasa budaya penyelidikan dalam kalangan  pensyarah/staf dan pelajar Politeknik. Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) , Politeknik Ibrahim Sultan memainkan peranan penting sebagai pusat  bagi penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan. Selain dari itu, aktiviti pembentangan kertas kerja serta  pameran bahan penyelidikan dan produk inovasi  yang diusahakan oleh pensyarah, staf dan pelajar  turut diberi penekanan.


Fungsi / Perkhidmatan

  • Membantu fungsi dan tanggungjawab PPIP dapat dicapai mengikut KPI JPP dan KPM yang telah ditetapkan.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkormesialan (R&D&I&C) di peringkat politeknik
  • Mengurus serta melaksanakan aktiviti-aktiviti R&D&I&C warga akademik politeknik diperingkat politeknik, zon, kebangsaan dan antarabangsa
  • Mengurus dan mengendalikan seminar/kolokium/konferen diperingkat politeknik/zon/kebangsaan
  • Memantau aktiviti pertandingan inovasi projek pelajar tahun akhir di peringkat jabatan dan politeknik
  • Menggalakkan, menyelaras dan memantau penyertaan pensyarah dan pelajar politeknik didalam seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi diperingkat jabatan, politeknik, zon, kebangsaan/antarabangsa
  • Menyelaras keperluan latihan/kursus warga politeknik didalam pembangunan (capacity building)
  • Menyelaras dan menyimpan rekod-rekod R&D&I&C semua warga politeknik secara hard-copy / digital mengikut bidang / klaster. 

 


Carta Organisasi

 

induk upik

 

 


 

Penyelidikan

National Creative Design Digest 6th Edition 2020

National Creative Design Digest 6th Edition 2020 adalah penerbitan bercetak (No ISSN 2289-9839).

Paparan secara digital adalah inisiatif penyebaran sumber rujukan semasa pandemik Covid-19.