Unit Peperiksaan

Pengenalan

Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan adalah suatu unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan penganugerahan Sijil / Diploma / Ijazah Sarjan Muda Akademik pelajar.Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Peperiksaan dan enam (6) orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan.

 


 

Fungsi / Perkhidmatan

Antara fungsi dan perkhidmatan Unit Peperiksaan adalah:-

Penyediaan Kertas Peperiksaan Akhir

  •  Proses penggubalan soalan peperiksaan.
  • Semakan soalan peperiksaan akhir oleh Panel dilantik.
  • Pengurusan bank soalan bagi program yang diselaras

Pelaksanaan Peperiksaan Akhir

Dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu pada setiap hujung semester pengajian

Pemprosesan Keputusan Peperiksaan dan Penilaian Akhir

  • Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir akan diproses dalam tempoh 2 minggu selepas peperiksaan akhir berakhir.
  • Pengumuman keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester secara online.

Pengurusan Persijilan Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda

  • Pengeluaran Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar yang telah disahkan bergraduat oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT.
  • Penyediaan transkrip penuh bagi graduan

Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian

Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti pelanggaran arahan am peperiksaan akhir, kes-kes meniru, cubaan meniru dan memberi tiru dan sebagainya.

Pentadbiran

  • Pengesahan maklumat graduan/lulusan.
  • Pengurusan gentian sijil/diploma dan transkrip yang hilang.

 

Transkrip Sementara (Provisional Transcript)

Tatacara Permohonan Surat Tamat Pengajian

Tatacara Permohonan Transkrip Lama

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

Buku Arahan Peperiksaan Bagi Sarjana Muda

Buku Arahan Peperiksaan Bagi Diploma

 


Carta Organisasi Unit Peperiksaan

2023 okt cartaOrgzExam

 

 

Hubungi Kami

Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan boleh dihubungi melalui:

Alamat:
Unit Peperiksaan
Politeknik Ibrahim Sultan
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang, Johor.

Telefon: 07-2611361 (Ketua Unit)
07-2611081 (Peg. Peperiksaan Penilaian & Bank Soalan)
07-2612016 (Peg. Peperiksaan Data, Rekod & Persijilan)
07-2611051 (Pejabat)

Fax: 07-2612402