jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Unit Khidmat Pengurusan

 

Fungsi / Perkhidmatan

Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan

  • Seksyen ini Merancang, mengurus, menyelenggara dan segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan, Sistem Rangkaian Unit Khidmat Pengurusan PIS. Contohnya pengurusan Kebersihan kawasan, Keceriaan persekitaran dan Keselamatan (3K). Mengendalikan kenderaan jabatan dan urusan mengendalikan pembelian barang gunasama.   Selain itu menguruskan perkhidmatan meliputi aspek perlantikan, pengesahan, cuti kursus, laporan, Stor (penyimpanan stok), penghantaran surat dan fail induk.Seksyen ini menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan. Urusan kewangan meliputi aspek gaji, pinjaman komputer, bayaran (baucer), hasil, rekod kewangan, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan. Unit ini bertanggunjawab dalam melaksanakan segala hasil kerajaan bagi mengelakkan Akaun Belum Terima. Antara hasil yang diperolehi ialah jualan borang politeknik, bayaran yuran pengajian elaun perjalanan, dan sebagainya.
  • Mengemaskini memastikan kandungan aplikasi portal seperti Borang keperluan staf/pelajar adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess dengan mudah.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran kepada Jabatan dan Unit.

Seksyen Kewangan

  • Seksyen ini merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara aktiviti berkaitan Pengurusan kewangan di PIS.
  • Urusan kewangan meliputi aspek gaji, pinjaman komputer, bayaran (baucer), hasil, rekod kewangan, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan. Unit ini bertanggungjawab dalam melaksanakan segala hasil kerajaan bagi mengelakan Akaun Belum terima. Antara hasil kerajaan bagi mengelakkan Akaun Belum Terima. Antara hasil yang diperolehi ialah jualan borang politeknik, bayaran yuran pengajian elaun perjalanan dan sebagainya.

Seksyen Perolehan

  • Seksyen ini berperanan merancang, melaksana dan menguruskan aktiviti perolehan Bekalan/Perkhidmatan/ Kerja bagi Tender dan Sebutharga di PIS. Termasuk penyediaan surat setuju terima dan dokumen kontrak selari dengan pekeliling kewangan yang sedia ada dan sedang berkuatkuasa.