Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) direka untuk menampung disiplin yang luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang bahan. Kursus yang ditawarkan dalam bidang asas kejuruteraan mekanikal adalah merangkumi Lukisan Kejuruteraan, Reka Bantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Bengkel Kejuruteraan Mekanikal. Manakala kursus-kursus khusus yang ditawarkan dalam bidang pengkhususan bahan adalah seperti Amalan Bengkel Kejuruteraan Bahan, Makmal Kejuruteraan Bahan, Pemprosesan Bahan, Teknologi Bahan, Metalurgi Fizikal, Ujian Musnah, Ujian Tidak Musnah, Teknologi Polimer, Bahan Komposit dan Termaju dan Kawalan Kualiti. Graduan program ini akan dilengkapi dengan kedua-dua pendedahan pengetahuan teori dan praktikal yang komprehensif berkaitan dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal (bahan) yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri berasaskan Kejuruteraan Bahan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong pengawal kualiti (QC) dan jaminan kualiti (QA).
  • Penolong penyelidik untuk agensi kerajaan, pusat penyelidikan dan makmal swasta.
  • Penolong jurutera / pereka / pemilihan bahan.
  • Pembantu / Juruteknik untuk makmal bahan.
  • Pembantu makmal Ujian Musnah (DT) dan Ujian Tidak Musnah (NDT).
  • Juruteknik penuangan logam.
  • Penolong penganalisis sifat bahan.
  • Juruteknik pemprosesan, pembuatan dan pengeluaran dalam bidang logam dan bukan logam terutamanya untuk bahan besi dan keluli, bahan plastik, seramik, kaca dan komposit.
  • Pembekal / Usahawan peralatan pengujian dan pemeriksa bahan.
  • Kerjaya lain yang berkaitan bidang kejuruteraan bahan.

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik