Diploma Pengurusan Acara

Program Diploma Pengurusan Acara direka adalah untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang industry acara seperti pentadbiran, operasi, pemasaran, pengurusan risiko dan pelaksanaan projek/acara. Aspek-aspek asas dalam pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, pembangunan keusahawanan serta elemen hijau juga ditekankan dalam program ini yang diterjemahkan dalam pelaksanaan acara melalui pemikiran kreatif untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan selari dengan industry acara.
Diploma Pengurusan Acara adalah program sepenuh masa selama tiga tahun (enam semester) termasuk latihan industri selama enam bulan. Program ini merangkumi spektrum kompetensi dan keupayaan yang berkaitan industri dengan pekerjaan berkemahiran separa profesional disamping pengalaman latihan industri yang berstruktur untuk menghasilkan pelajar yang kompeten dalam industri ini. Graduan yang dihasilkan mempunyai keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dan kecekapan, inovatif, kreatif dan responsif untuk menghadapi pelbagai cabaran di tempat kerja yang sebenar.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Potensi kerjaya yang dirtawarkan dalam program ini termasuklah bidang acara dalam industri pelancongan dan hospitaliti, agensi pengiklanan, firma perhubungan awam, news media, event company, Penganjur Persidangan Profesional (PCO) dan Penganjur Pameran Profesional (PEO). Pekerjaan yang berpotensi termasuklah:

  • Sponsorship Coordinator
  • Community Relations Supervisor / Coordinator
  • Event Executive Assistant
  • Program Coordinator / Supervisor
  • MICE planner / Conference Planner / Convention Planner
  • Event Operation Supervisor / Coordinator
  • Marketing Coordinator
  • Special Events Planner

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      5. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Pengurusan Acara
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik