logo4lmn rasmiiso1

Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal yang semasa dan releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength Of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components &Maintenance. Kursus-kursus elektif adalah Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Kursus teras umum pula meliputi Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health dan Entrepreneurship. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam dan Ko-Kurikulum akan menyediakan pelajar dengan kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme kearah kemajuan kerjaya mereka.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong Jurutera
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Pengurus penyelenggaraan
  • Penyelia
  • Junior Engineer
  • Pengajar Teknikal atau Pensyarah
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Juruteknik
  • Eksekutif Kualiti
  • Project coordinator

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut : Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) direka untuk menampung disiplin yang luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang bahan. Kursus yang ditawarkan dalam bidang asas kejuruteraan mekanikal adalah merangkumi Lukisan Kejuruteraan, Reka Bantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Bengkel Kejuruteraan Mekanikal. Manakala kursus-kursus khusus yang ditawarkan dalam bidang pengkhususan bahan adalah seperti Amalan Bengkel Kejuruteraan Bahan, Makmal Kejuruteraan Bahan, Pemprosesan Bahan, Teknologi Bahan, Metalurgi Fizikal, Ujian Musnah, Ujian Tidak Musnah, Teknologi Polimer, Bahan Komposit dan Termaju dan Kawalan Kualiti. Graduan program ini akan dilengkapi dengan kedua-dua pendedahan pengetahuan teori dan praktikal yang komprehensif berkaitan dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal (bahan) yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri berasaskan Kejuruteraan Bahan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong pengawal kualiti (QC) dan jaminan kualiti (QA).
  • Penolong penyelidik untuk agensi kerajaan, pusat penyelidikan dan makmal swasta.
  • Penolong jurutera / pereka / pemilihan bahan.
  • Pembantu / Juruteknik untuk makmal bahan.
  • Pembantu makmal Ujian Musnah (DT) dan Ujian Tidak Musnah (NDT).
  • Juruteknik penuangan logam.
  • Penolong penganalisis sifat bahan.
  • Juruteknik pemprosesan, pembuatan dan pengeluaran dalam bidang logam dan bukan logam terutamanya untuk bahan besi dan keluli, bahan plastik, seramik, kaca dan komposit.
  • Pembekal / Usahawan peralatan pengujian dan pemeriksa bahan.
  • Kerjaya lain yang berkaitan bidang kejuruteraan bahan.

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti berikut Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer[CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa,dan Aplikasi Sistem Terbenam.Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit.  Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, Dan Aplikasi Komputer. Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerja, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, Dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula ialah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan Komunikasi Dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-

  • Pembantu Juruteknik
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Jurutera Permohonan
  • Penyelia Sistem Kawalan
  • Automasi dan Penyelia Robotik
  • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik 
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Program ini akan menyediakan pelajar dengan pelbagai teknik dalam proses pembuatan dan penggunaan mesin termaju di dalam bidang pembuatan. Program ini juga menyediakan asas yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan dan kepakaran dalam pembuatan. Modul pengkhususan ialah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Pembuatan Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Industri dan Robotik, Pembuatan dan Kawalan  Ekonomi Pembuatan serta tambahan modul-modul teras dan elektif. Lulusan  boleh menyertai peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang mekanikal dan industri pembuatan.

Tempoh Pengajian : 6 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan yang dapat diaplikasikan secara meluas dalam kerjaya kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan sebagai:

  • Penyelia
  • Pakar Teknikal
  • Pembantu Teknikal
  • Juruteknik Kualiti
  • Pengaturcara CNC
  • Perancang Proses/Pengeluaran
  • Juruteknik Pembelian
  • Perekabentuk Produk
  • Pelukis Produk
  • Juruteknik CADD
  • Juruteknik Proses
  • Pengendali Mesin

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Premier)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Additional Mathematics
  • Additional Science
  • Aplikasi Elektrik & Elektronik
  • Automotif Elektrik & Diesel
  • Automotif Kenderaan
  • Bahan Binaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Fundamental of Programming
  • Grafik Berkomputer
  • Information & Communication Technology
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pemesinan Berkomputer
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyamanan Udara
  • Penyejukan
  • Physics
  • Prinsip Elektrik & Elektronik
  • Programming and Development Tools
  • Reka Cipta
  • Sains Pertanian
  • Science
  • Teknologi Binaan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat

d) DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Maklumat Lanjut :  Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik