Piagam Pelanggan

 

1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar di PIS.

2. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

3. Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester diumumkan mengikut tarikh yang ditetapkan didalam Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Malaysia tahun semasa yang dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

4. Memastikan perlaksanaan 100% Pemberian Pendidikan dan Latihan diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Rekabentuk dan Hospitaliti.

5. Memastikan perlaksanaan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri / WBL pada setiap semester.