Pusat Rawatan Kesihatan

pusat rawatan

Pusat rawatan siap ditubuhkan pada tahun 2013 bertempat di sebahagian ruang kecil blok Kolej Kediaman Pelajar Hi-Tech 3 dan boleh menempatkan seramai tiga (3) orang pesakit bagi kes berat dan lima belas (15) orang pesakit bagi kes ringan dalam satu-satu masa.  Pusat Rawatan dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (U29) lantikan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pelajar atau staf boleh mendapatkan rawatan bagi **kes ringan di Pusat Rawatan, manakala bagi **kes berat pelajar atau staf akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan susulan.

**Kategori kes ringan adalah seperti demam, batuk, selsema, cirit birit, muntah dan lain-lain.
*Kategori kes berat pula adalah seperti sawan, pengsan, asma dan lain-lain

Waktu Beroperasi dari:

  • Ahad – Rabu  : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Khamis : 8.00 pagi hingga – 3.30 petang
  • Waktu rehat : 1.00 petang – 2.00 petang

Tutup:

  • Jumaat dan Sabtu
  • Hari Cuti Kelepasan Am

Fungsi / Perkhidmatan

pusat rawatan01 pusat rawatan02

 

pusat rawatan03

 

Antara perkhidmatan yang disediakan:

  • Rawatan harian
  • Permerikasaan tekanan darah
  • Pemeriksaan kandungan gula dalam darah
  • Nebulizer
  • Pemeriksaan BMI